Lebuhraya direka bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi pilihan dengan cepat dan selesa namun bagi sebuah jalan raya yang sedang dibina di Rawang ketika ini, ia mungkin bukan definisi sesuai bagi menggambarkan struktur keseluruhan.

BACA: Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar

Perkenalkan Rawang Bypass, lebuhraya paling tinggi dan menggerunkan di Malaysia.

Lebuhraya yang dibina bagi memendekkan jarak di antara Rawang ke Serendah ini memiliki ketinggian 60 meter sekaligus menghadirkan rasa gayat.

Dibina arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar, pembinaan Rawang Bypass turut diangkat sebagai projek paling sukar dan kompleks dalam sejarah lebuhraya di Malaysia.

Ini kerana lebuh raya tersebut dibina secara bengkang-bengkok bagi memastikan ia tidak mengganggu ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Jalan tersebut merentas hutan tebal yang terkenal dengan sejenis pokok, Giam Kanching yang hanya terdapat di kawasan persekitaran hutan terbabit.

Pokok tersebut tidak boleh didapati di tempat lain sehinggakan mana-mana pihak yang cuba mengambil pokok tersebut boleh dikenakan denda jutaan ringgit.

Pembinaan jalan tersebut yang telah pun bermula pada 2005 dengan kos permulaan RM203.47 juta sepatutnya siap tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, ekoran beberapa faktor, projek tersebut telah panjangkan dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X And Giveaway?