Raya masih belum habis, dan jangan kata korang tak pernah tengok lelaki berbaju Melayu sendat sepanjang raya ini. Cukuplah sekadar mengimbau kembali raya pertama, penuh feed di Instagram dengan pelbagai warna baju raya dan pasti ada juga anda terlihat dada sasa lelaki dalam busana sendat baju Melayu.

Mungkin timbul pelbagai persepsi berbeza mengenai penggayaan Baju Melayu slim fit ini tapi dalam masa yang sama, golongan millenial sekarang sentiasa mahu berada selari dengan peredaran zaman.

Baru-baru ini kami sempat jugalah luang masa bersama Rifal Exclusive sebab nak tahu serba sedikit tentang bagaimana mereka sungguh berani keluar dengan baju Melayu sendat.

Maklumlah, benda ni kan berkaitan dengan adat kita setelah sekian lama dan sebarang perubahan pasti akan mengundang pelbagai reaksi berbeza di kalangan masyarakat Melayu.

Rifal Exclusive sebelum ini memang expert dalam rekaan kurta (lebih 5 tahun) dan pada tahun ini mereka keluarkan pula baju Melayu slim fit, Rifal Exclusive. Semuanya bermula sebab atas permintaan ramai peminat.

Baju Melayu mereka hanya ada satu poket saja persis kurta tapi tak nampak kekok dan stylish je jika digayakan seringkas mungkin. Lagi best, ada zip di tepi baju dan juga lengan – sekaligus memudahkan pemakai untuk ambil wudhu dan solat dalam keadaan selesa.

Untuk raya tahun ini saja, Rifal Exclusive berjaya mencapai jualan sehingga RM300,000 sekaligus menunjukkan bahawa pasaran untuk baju Melayu slim fit ini masih mendapat permintaan.

Positif untuk menembusi pasaran antarabangsa, photo shoot mereka juga dibuat di kota London dan Paris dan impak paling best adalah apabila ada mereka di sana yang menunjukkan minat terhadap pakaian tradisional Melayu ini.

Baju Melayu sememangnya merupakan salah satu pakaian yang cukup lengkap untuk memberikan pemakainya satu perasaan bangga menyarung busana tradisional – begitu jugalah apa yang cuba disampaikan oleh Rifal melalui rekaan mereka. Bahaya layan Instagram mereka, sangkut nanti. Boleh bawak buat pergi open house.