Kalau sebut motosikal, pasti kita tahu kebanyakan penunggang adalah dikalangan lelaki. Tapi jangan ingat kaum lelaki sahaja yang hebat di jalan raya, golongan wanita pun tidak kurang hebatnya.

Baru-baru ini tular foto seorang pengunggang motorsikal muslimah yang menjadi perhatian ramai. Apa yang pasti, penampilan seseorang itu tidak menghalang dalam perkara yang mereka minati.

BACA: Fesyen Kurta Raya Ini Disamakan Seperti Baju Renang Muslimah

Fotor tersebut memaparkan wanita itu berpakaian jubah serta mengenakan tudung labuh dan berpurdah sedang mengendalikan sebuah motosikal.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap wanita tersebut dan memuji pemakaiannya yang menutup aurat meskipun membawa motosikal. Tidak kurang juga, ramai seolah tidak percaya bahawa wanita berpakaian sedemikian boleh menunggang motor.

Malah, ada netizen mengatakan wanita tersebut layak menerima hantaran tinggi kerana penampilannya yang patuh syariah. Ada juga netizen meluahkan hasrat mereka untuk memperisterikan wanita tersebut.

Bagaimanapun, ramai netizen mengingatkan wanita tersebut supaya berhati-hati lebih-lebih lagi dengan penampilan seperti itu bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Netizen juga mengatakan, zaman sekarang sukar untuk melihat perempuan berpakaian longgar seperti ini. Mesti lepas ni ramai lelaki cuba siasat siapa gerangan wanita tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥