Kalau tanya budak-budak sekarang nasi talam tu apa, mesti ramai yang tak tahu. Kalau tanya mereka yang membesar tahun 90-an mesti tahu apa sebenarnya makan dalam talam.

Makan dalam talam ini sangat popular satu ketika dahulu di majlis-majlis kenduri kahwin, majlis tahlil dan apa saja majlis melibatkan acara makan-makan. Budaya ini sebenarnya dah ada sebelum era penjajahan Jepun lagi.

Apa yang bestnya makan dalam ni? Nasi dan lauk pauk di letakkan di dalam pinggan untuk dihidang kepada 4 hingga 4 orang makan. Ia sekaligus mengelakkan pembaziran berbanding hidangan katering sekarang.

Kalau anda nak rasa stail makan orang dulu-dulu, ada je kedai makan yang menyediakan menu nasi talam ni di Rumah Makan Nasi Talam Taiping.

Setalam dihidang kepada 4 orang, antara menu yang disediakan ialah nasi putih, patin masak tempoyak, gulai daging, telur masak kurma, kerabuk pucuk kaduk, sambal tomato, sambal belacan, ulam selom dan satu jug air sirap dengan harga RM20.

Tapi kalau anda rasa tak cukup dengan menu dalam talam tersebut, anda boleh je tambah lagi menu lain seperti masak lemak cili api, pucuk ubi, keli goreng sambal, ayam goreng sambal, ayam berbeku, keli bakar, talapia bakar, ikan sardin goreng, kerisi masak asam, tempe dan jering sambal goreng dan macam-macam lagi.

Kalau rindu nak rasa menu kampung dalam talam boleh la ke Rumah Makan Nasi Talam di Taiping, Perak.