Tular mengenai kehilangan seorang gadis Ireland dari bilik penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, Seremban sejak 4 Ogos lalu masih lagi menjadi tanda tanya.

Sudah masuk sepuluh hari operasi mencari dan menyelamat Nora Anne, namun masih tiada sebarang maklumat mengenai gadis tersebut.

BACA: Gadis Ireland Hilang Cetus Tanda Tanya, Keluar Hanya Berpakaian Dalam

Terbaru, keluarga Nora Anne menawarkan wang ganjaran sebanyang RM50,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga berjaya menemui anaknya itu.

Kenyataan itu dibuat oleh oleh ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin di hadapan agensi media di Balai Polis Pantai petang semalam.

“Nora merupakan anak kesayangan pertama kami dan juga anak istimewa kami. Kehilangannya benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada kami.

“Kami merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Nora untuk membantu kami mencarinya. Polis telah bekerja keras untuk membawa pulang Nora.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne yang masuk hari kesembilan semalam diteruskan walaupun dalam keadaan hujan sejak pagi.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa maklumat, sila hubungi talian hotline polis di talian 011-12285058 atau e-mel [email protected] bagi mereka yang di luar Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138