Bila sebut tentang isu politik di Malaysia, nama isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datik Seri Rosmah Mansor sering menjadi bualan ramai.

Baru-baru ini, bersempena sambutan hari Wanita Pertubuhan Gerak Sakti 1Malaysia, Rosmah Mansor menyeru agar wanita di luar sana sentiasa buatkan suami gembira kerana ia adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga.

BACA: Najib: PRU Bila-Bila Masa Sebelum Jun Tahun Depan

“Dalam kes saya, saya selalu buat suami saya gembira dan dia seorang lelaki yang bahagia. Sebab itu dia mampu menjalankan tugas dengan baik kepada anda semua dan kepada Malaysia.

 

Walaupun teruk dihentam, dituduh, dan dicaci, beliau dilihat sentiasa tenang seperti tidak terkesan langsung dengan kata-kata netizen.

“Dalam politik, kita hanya perlu teruskan apa yang kita buat dan tersenyum, sebab itulah ubat terbaik untuk mereka di luar sana. Bila kita senyum, mereka akan marah dan kita jika kita marah, mereka seronok.”

Mesti ramai tak tahu, Rosmah Mansor tidak memiliki telefon pintar. Kata beliau itu antara rahsianya hidup bahagia tanpa tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar
Tahun 2018 Harga Rokok Cecah RM50?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!