Umum mengetahui pada 1 September depan, kerajaan bakal melakasanakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) . Terbaru, makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai dan teh tarik turut akan dikenakan cukai SST. Ia berikutan, restoran mamak berada di bawah kategori penyedia perkhidmatan dalam sistem cukai tersebut.

BACA: Ini Antara 15 Barangan & Perkhidmatan Yang Dikecualikan SST

Memetik laporan The Malaysian Insight, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mengesahkan bahawa semua penyedia perkhidmatan yang memperoleh hasil pendapatan tahunan RM500,000 wajib dikenakan cukai tersebut.

Menurut presidennya, Ayub Khan Muhamad Yakub berkata, semua gerai dan restoran mamak yang berpendapatan tahunan mencecah jumlah tersebut dikhendaki mengenakan cukai SST.

“Semua kedai mamak di bawah Presma perlu mengenakan cukai ini kerana kami termasuk dalam had itu. Malah beberapa gerai mamak di kawasan terbuka pun terpaksa kenakan cukai SST kerana ada sesetengahnya boleh dapat lebih daripada RM1,300 sehari,”  ujarnya.

Semasa sistem cukai SST yang lama, had bagi penyedia perkhidmatan seperti restoran ditetapkan pada RM3 juta, bermakna semua restoran mamak dikecualikan.

Bagaimanapun, pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan supaya restoran mamak dikecualikan daripada SST memandangkan 80 peratus pelanggan mereka berpendapatan rendah.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang