Bulan Ramadan sememangnya dinanti oleh semua umat Islam. Pada bulan inilah segala amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.

Berniaga sambil beramal, itulah yang dilakukan oleh peniaga Roti John Malaya, Hafizi Hanafi yang memberikan roti john secara percuma kepada wanita hamil bagi mengambil keberkatan bulan Ramadan.

BACA: Buka Puasa Di Kedai Ini Bayar Dengan Doa Sahaja

Berniaga di bazar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, Hafizi melakukan amal jariah dengan menyedekah juadah tersebut setiap Jumaat bagi membantu ibu hamil yang mengidam.

Menurut Hafizi, setiap seorang ibu mengandung akan menerima satu roti john dan boleh memilih sama ada berintikan ayam atau daging.

Seorang peniaga bazar Ramadan disitu, Nurul Mahirran Zulkufly yang kini sarat hamil tujuh bulan, turut mengambil peluang untuk merasai roti john tersebut secara percuma.

“Konsep berniaga sambil bersedekah sebegini agak bagus kerana selain mengambil keberkatan bulan Ramadan, ia dapat berkongsi rezeki dengan orang lain,” katanya.

Menariknya, selain wanita mengandung, pelanggan pertama yang mengunjungi gerainya setiap hari akan menerima roti john percuma. Hafizi yang dibantu oleh dua pekerja menjual tiga jenis roti John berintikan ayam, daging atau kambing pada harga RM4 hingga RM6.

“Setiap pelanggan yang datang ke gerai kami akan menerima satu kupon dan jika sudah mengumpulnya sehingga lima keping, akan menerima satu roti john secara percuma,” katanya.

Nampaknya, semakin ramai peniaga mengambil peluang untuk bersedekah di bulan Ramadan ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan contoh buat peniaga lain untuk bersedekah dan melakukan amal kebajikan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱