Jika malam tadi meriah dengan penutupan Sukan SEA 2017 di Stadium Bukit Jalil, pagi ini negara kita sekali lagi dimeriahkan dengan sambutan kemerdekaan yang ke-60 tahun di Dataran Merdeka dan beberapa tempat di ibu negeri lain seawal 8 pagi tadi.

BACA: Roti Canai Percuma Sempena Merdeka!

Sumber dari bernama.com

Berbeza dengan tahun sebelum ini, sambutan kemerdekaan pada tahun ini agak istimewa kerana ia lebih kepada mengimbau kembali detik bersejarah pada tahun 1957 dengan pelbagai adegan daripada hari pertama kita merdeka.

Sumber dari bernama.com

Sambutan yang diadakan penuh nostalgia dan bersejarah itu diimbas kembali dengan persembahan dan lakonan semula pada pagi tadi di Dataran Merdeka.

Sumber dari bernama.com

Selain itu, sambutan peringkat kebangsaan itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri lain serta rakyat berbilang kaum.

Sumber dari bernama.com

Ribuan rakyat Malaysia membanjiri kawasan tersebut sejak awal pagi bersama keluarga dan ada juga yang sempat menyaksikan sambutan penuh gilang gemilang itu melalui siaran langsung oleh beberapa stesen televisyen tempatan.

Sumber dari bernama.com

Malah, persembahan kali ini menunjukkan segala penat lelah yang dilalui oleh pejuang-pejuang tanah air untuk negara kita merdeka.

Sumber dari bernama.com

Selain itu, pencapaian dan kegemilangan Malaysia turut dipertontonkan kepada umum yang diterajui oleh enam Perdana Menteri Malaysia melalui beberapa adegan ringkas sejak mula merdeka hingga di ambang negara maju.

Bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, sambutan kemerdekaan kali ini turut menyerlahkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat apabila ada di antara mereka hadir seawal pukul 6 pagi bagi menyaksikan sambutan penuh gilang gemilang itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!