Baru-baru ini ada kes dimana seorang lelaki sanggup menikam ibunya gara-gara air teh yang dibancuh tak cukup susu. Semalam, ada kes yang sama terjadi tetapi melibatkan kari ayam pula.

Seorang lelaki India naik angin dan bertindak membunuh ibunya selepas mendapati mangsa tidak memasakkannya kari ayam untuk makan tengah hari.

BACA: Bunuh Ibu Kerana Teh Dibancuh Tak Cukup Susu

Memetik laporan Times of India, lelaki tersebut Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad sebelum diberikan kepada ibunya yang berusia 80 tahun untuk dimasak.

Menurut laporan itu lagi, Kishore merupakan seorang kaki botol kemudian pergi ke Badepuram di wilayah Guntur untuk minum arak.

Namun, sebaik pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, dia mendapati makanannya masih belum dihidangkan lagi.

Lelaki itu yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan didakwa menjerit memarahi ibunya sebelum bertindak menikam mangsa. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya melarikan diri dan kini menjadi buruan polis.

Laporan juga memberitahu, isteri suspek meninggalkannya bersama anak-anak mereka kerana tidak tahan dengan sikap kaki botolnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”