Zaman sekarang, bukan mudah untuk dapatkan kerja yang stabil dan menjanjikan gaji lumayan. Berbeza dengan pemuda ini Mohamad Hafidz Arifin, 32, yang sanggup meninggalkan kerja dengan gaji pendapatan melebihi RM15,000 sebulan kerana buah tin.

Menurut Hafidz, minat dalam bidang pertanian tercetus apabila dia merasai sendiri keenakan buah tin segar semasa bertugas di sebuah syarikat minyak dan gas di Iraq empat tahun lalu.

BACA: “Gaji RM3,000, Hina Sangat Ke Kerja Kilang?”

Mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan sumber manusia dari Universiti Putra Malaysia, Hafidz yang menyedari potensi pasaran buah tin, memberanikan diri meletakkan jawatan dan menanam tanaman buah tersebut di kampung halamannya di Janda Baik.

“Buah tin atau nama saintifiknya Ficus Carica ini biasanya ditanam di Asia Barat dan tidak ramai yang berani mencuba untuk menanamnya dalam negara sedangkan ia mempunyai permintaan yang sangat tinggi, sama ada untuk dipasarkan secara segar di hotel-hotel mahupun dijadikan sebagai antara bahan di dalam jus kesihatan.

“Lantaran itulah saya memberanikan diri meletakkan jawatan untuk menceburi bidang ini, walaupun ketika itu gaji sudah cukup lumayan,” katanya seperti dipetik daripada Astro Awani.

Berbekalkan modal sebanyak RM200,000, latihan serta ilmu yang dipelajari daripada kenalannya dan sedikit ilmu yang diperoleh daripada internet, beliau membina rumah hijau untuk menanam buah tin.

Sebagai permulaan, 400 pokok buah tin ditanam di kawasan seluas 929 meter persegi dan usahanya itu tidak sia-sia kerana tanamannya kini sudah mula membuahkan hasil.

Untuk harga ladang, buah ini mampu dipasarkan dengan harga RM60 sekilogram, namun untuk pasaran runcit harganya mencecah sehingga RM80 sekilogram.

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai buah tin atau buah Fig yang mempunyai pelbagai khasiat seperti anti oksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin serta fiber serta membantu mengatasi masalah usus dan kolestrol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉