Selepas tular gambar menjijikkan di Facebook, sebuah premis sate tulang di Senawang diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) selepas didapati mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Memetik laporan Sinar Harian, menerusi pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang itu, pihak JKNS mendapati pemilik premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan didapati tidak bersih.

BACA: Ini Punca Sebenar Kes Keracunan Laksa Kebok

Foto: Facebook Faizal Riza Sholainia‎

Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih.

Berita mengenai restoran sate tulang itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berkongsikan pengalaman mereka dan mengakui sate yang dijual rasa seperti bangkai dan penah menjumpai telur lalat pada sate.

Dalam pada itu, pihak jabatan kesihatan mengucapkan terima kasih atas makluman orang awam tentang premis tersebut dan menasihatkan supaya memilih kedai makan yang bersih bagi mengelakkan keracunan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥