Pemandu Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kereta rakannya terjunam ke laut tempoh hari memohon maaf kepada semua pihak di atas apa yang berlaku.

Ketika ditemubual oleh pihak berkuasa selepas menyerah diri kepada polis kelmarin, lelaki berusia 21 tahun itu menangis sebaik diajukan soalan mengenai kejadian tersebut dan berulang kali memohon maaf.

BACA: “Orang Lain Pun Drive Tak Ada Terjun Laut, Buang Karan Siasat”

“Saya minta maaf kepada semua pihak, saya menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Lelaki itu berkenaan berdepan hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000.

Dia yang juga rakan kepada mendiang Moey Yun Peng, 20, dan sudah setahun mengenali antara satu sama lain. Sejurus dirawat, dia sugul dan sedih sebaik mengetahui rakannya meninggal dunia.

Rabu lalu, suspek datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT). Bagaimanapun, selesai diambil keterangan hampir 17 jam, suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?