Jarang kita dapat lihat seorang menteri yang bukan saja gemar melakukan aktiviti bersama rakyat, tetapi dia juga gemar berlakon dalam video pendek seperti sebelum ini iaitu dengan menjadi pemandu teksi dan penjual ayam percik.

Kini, menteri tersebut telah muncul dalam video pendek bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

BACA: Ciptaan Pasaraya Tempatan Ini Bantu Anda Masak Dengan Pantas!

Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, menunjukkan skil lakonannya dengan membintangi video pendek yang memperlihatkan dia memasak dengan seorang wanita.

Video tersebut dikongsi oleh Khairy di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini dan mendapat respon positif daripada warga laman sosial.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ menunjukkan bakat memasak dalam video tersebut sambil bercerita mengenai sejarah mengapa ikan sering dimasak semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Berikutan itu, ramai yang memuji bakat terpendam KJ yang disifat pandai dalam pelbagai bidang seperti sukan dan kini pandai berlakon.

Dia yang juga mesra dipanggil ‘Abah’ oleh warga laman sosial sememangnya mudah didekati dan pandai bergaul dengan masyarakat. Salute abah!

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta
Ini Cara Masak Nasi Tak Buat Anda Gemuk?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?