Sebut je Highland Tower pasti ramai yang tahu tragedi menghayat hati yang pernah terjadi pada 25 tahun lalu. Bukan itu saja, bangunan tersebut juga terkenal dengan kisah seram yang sehingga kini masih lagi meniti di bibir orang ramai.

Terbaru, Kerajaan Selangor sedang memproses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula. Difahamkan, tapak tersebut akan dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi.

BACA: Selepas 25 Tahun, Highland Tower Akan Jadi Taman Rekreasi

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya ada menerima surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai isu pembangunan semula Highland Towers bulan lepas dan ia sedang diuruskan oleh jabatan terlibat.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka tidak bersetuju jika kawasan tersebut dibangunkan semula.

Kata netizen lebih baik jika kawasan itu dijadikan taman riadah atau taman rekreasi daripada membina perumahan baru yang memusnahkan hutan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥