Sejak semalam kecoh mengenai penyakit Polio yang dikatakan sudah kembali di Malaysia. Namun ianya bukan hanya khabar angin sahaja, perkara itu turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM mengesahkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah, dijangkiti virus polio yang menjadi kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

BACA: Kajian Terkini Sahkan Vaksin Tidak Menyebabkan Austime

Difahamkan, mangsa mengalami demam diikuti lemah anggota badan, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), Jumaat lalu.

Bayi itu kini dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan bantuan pernafasan.

Polio mudah merebak boleh menyebabkan kematian

Untuk pengetahuan anda, polio atau nama panjangnya poliomyelitis adalah penyakit yang boleh memberi kompilkasi seumur hidup atau lumpuh seumur hidup dan boleh menyebabkan kematian.

Virus polio sangat ditakuti kerana ianya mudah merebak dari manusia ke manusia yang lain dimana ianya dikumuhkan oleh badan melalui najis.

Bagaimana ianya boleh menyebabkan kematian? Virus polio boleh melemahkan otot pernafasan sehingga pesakit tidak boleh bernafas langsung.

Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

Namun, untuk mereka yang telah mendapat vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut.

Hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah itu mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

Bagi kanak-kanak yang belum mendapatkan suntikan imunisasi, ibu bapa dinasihatkan membawa anak-anak mereka ke klinik kesihatan berdekatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱