Seorang wanita Islam berusia 28 tahun yang memakai niqab menjadi individu pertama di Denmark dikenakan denda kerana melanggar undang-undang melarang pakaian yang menutup wajah di tempat awam.

Menurut laporan media, Jumaat lalu di sebuah kompleks beli-belah di Horsholm, di timur laut Nordsjaelland, wanita terbabit dilaporkan sedang bergelut dengan seroang wanita lain yang mahu melucutkan niqabnya.

BACA: Menyeramkan Tapi Tudung Bawal Pocong Laku Habis!

Pihak polis yang dipanggil ke tempat kejadian memberitahu, dalam pergelutan itu niqab wanita itu tertanggal namun wanita itu segera menyarungkannya semula.

Foto: Indy100

Polis mengambil gambar wanita yang memakai niqab itu, selain meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada kompleks beli-belah berkenaan.

Wanita itu dikenakan denda serta-merta sejumlah 1,000 Kroner (RM480) dan diminta menanggalkan niqabnya atau meninggalkan kawasan awam. Wanita itu kemudian memilih untuk beredar dari tempat tersebut.

Pada 1 Ogos, pemakaian burqa atau niqab yang menutup sebahagian besar wajah, di tempat awam boleh dikenakan denda bermula 1,000 Kroner. Denda itu boleh dikenakan kepada seseorang sehingga 10,000 Kroner (RM4,800) jika kesalahan itu berulang.

Peraturan larangan itu juga melibatkan aksesori lelaki dan wanita yang menyembunyikan wajah seperti sarung kepala balaclava (topeng ski), topeng dan janggut palsu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱