Sering kali menjadi buruan peminat cheesecake, kini jenama Uncle Tetsu hadir dengan perisa baru di pasaran. Malah kali ini, penggemar setia cheesecake mereka tidak perlu lagi ragu ragu kerana jenama ini telah pun mendapat kelulusan Halal daripada Jakim.

BACA: 4 Sebab Kenapa Uncle Tetsu Diserbu Orang Ramai

Lebih menarik lagi, kehadiran perisa terbaru mereka iaitu Sweet Potato Cheesecake juga sangat unik kerana cara pembuatan dan juga penyediaan yang sangat teliti. Sweet Potato Cheesecake ini boleh didapatkan di mana mana cawangan Uncle Tetsu bermula 21 Julai ini sehinggalah ke penghujung bulan Oktober.

Jom kami kongsikan dengan anda beberapa langkah dalam penghasilan cheesecake tersebut.

Bahan Diadun Terlebih Dahulu

Untuk permulaan, semua bahan bahan penting akan diadunkan bersama. Seingat kami telur putih dan juga telur kuning diasingkan. Memang kemas dan bersih cara penyediaan di sini.

Sementara bahan disediakan, bekas adunan juga sudah disiapkan terlebih dahulu.

Langkah Wajib Dalam Penyediaan Sweet Potato Cheesecake

Inilah rupa telur putih, serius menarik dan sudah terbayang macam mana lembutnya kek tersebut. Proses ini juga turut memerlukan tenaga manusia yang digunakan secara manual.

Aspek kebersihan sangat dititik beratkan oleh Uncle Tetsu dalam menghasilkan produk cheesecake yang sangat berkualiti.

Inilah bahagian yang best dengan Uncle Tetsu sebab jika anda berkesempatan, anda boleh saksikan sendiri krew mereka mengadun dengan menggunakan tangan. Memang beratur panjang lagilah agaknya lepas ini sebab orang nak tengok proses yang kami sifatkan sangat menarik ini.

Ini Lokasi Sweet Potato ‘Disembunyikan’

Setelah selesai proses mengadun dengan tangan, adunan yang telah sebati akan dimasukkan ke dalam acuan mereka dan ketika langkah inilah anda boleh saksikan juga mereka letakkan sweet potato. Bukan seketul dua, tapi banyak.

Seterusnya, sweet potato tersebut akan ‘disembunyikan’ di sebalik adunan kek yang sudah siap sedia untuk melalui proses kukus.

Memang puas hati sebab dapat tengok sendiri setiap proses yang mereka lakukan di sini.


Inilah hasilnya apabila kek telah siap. Nampak tak sweet potato dah sebati di dalam adunan cheesecake tersebut?

Ini Apa Yang Anda Akan Rasai Dengan Kek Uncle Tetsu!

Jujur kami katakan, cheesecake di Uncle Tetsu ini berada di tahap mereka yang tersendiri. Siapa pernah pergi mesti akan datang lagi. Tekstur cheesecake dia di sini memang melampau lembut dia dan kalau yang masih panas atau fresh from oven, bergoyang goyang lagi tahu selepas kena potong!

Malah cheesecake yang fresh lagi ini, bila masuk dalam mulut pula dan kek tersentuh lidah dan lelangit, ia umpama cair di dalam mulut, meninggalkan rasa hangat. Penyudahnya, memang puas hati bila pekena Uncle Tetsu.

Bagaimanapun, anda juga boleh simpan cheesecake mereka dalam peti sejuk tapi janganlah letak dalam tempat sejuk beku pula. Tekstur setelah sejuk sedikit berbeza. Kek masih lembut tapi anda akan dapat rasai rasa keju yang lebih menyerlah.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan risau, untuk pengetahuan anda, Uncle Tetsu sudah pun mendapat pengiktirafan dan juga sijil Halal daripada pihak Jakim. Klik sini untuk mengetahui lokasi Uncle Tetsu yang berdekatan dengan tempat anda.

Selain cheesecake, Uncle Tetsu turut menyediakan pelbagai lagi pilihan berasaskan keju yang anda boleh nikmati.

Berikut merupakan harga terkini, sehingga pada tarikh artikel ini diterbitkan:

+ UNCLE TETSU SWEET POTATO CHEESECAKE – RM23/kek
+ Uncle Tetsu Signature Cheesecake – RM21/kek
+ Uncle Tetsu Chocolate Cake – RM23/kek
+ Uncle Tetsu Signature Matcha Cheesecake – RM23/kek
+ Uncle Tetsu Hat Series @ RM21.90/kek
+ Uncle Tetsu Kurimi Cheesetart – RM4.50/biji
+ Uncle Tetsu Matcha Kurimi Cheesetart – RM5/biji
+ Uncle Tetsu Madeleine – RM3.90/biji

Memandangkan Sweet Potato Cheesecake oleh Uncle Tetsu ini hanya dikeluarkan dalam masa terhad, jom terjah cawangan yang berdekatan dengan anda atau ikuti saja Facebook Uncle Tetsu Malaysia untuk update terkini.