Setiap pasangan yang berkahwin impikan majlis perkahwinan yang gah dan serba mewah. Maklumlah, perkahwinan itu hanya sekali seumur hidup dan pastinya setiap pasangan ingin meraikannya di dalam majlis penuh indah dan diingati seumur hidup.

Namun, ada yang inginkan kelainan dalam majlis perkahwinan mereka. Seperti pasangan ini yang sememangnya sempoi apabila menggunakan sayur brokoli sebagai bunga tangan di majlis akad nikah.

BACA: Foto Kahwin Dengan Van Jenazah, Ada Cerita Disebaliknya

Namun bukan itu saja, turut menjadi perhatian apabila pengantin lelaki mengenakan set logo sebagai butang baju Melayu.

Perkongsian oleh jurukamera pengantin tersebut mendapat perhatian ramai yang turut tertarik dengan idea pasangan tersebut.

Tidak kurang juga, ada netizen turut memberikan idea untuk menggunakan sayuran lain sebagai bunga tangan di hari perkahwinan mereka nanti antaranya bunga kantan.

Bagaimanapun, ada netizen YANG mengecam tindakan pasangan itu kerana merasakan majlis perkahwinan hanya sekali seumur hidup dan tiada salahnya untuk berbelanja membeli bunga tangan yang hanya setakat berapa ringgit sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?