Setiap kali minum petang kebiasaannya menu cucur udang atau cekodok. Mesti dah bosan kalau asyik menu sama je setiap hari. Apa kata anda tukar selera dan cuba menu popia otak-otak.

Dengar macam sudah nak buat, tapi sebenarnya senang je nak membuatnya. Resepi dikongsikan oleh Eka Zahra ini hanya mengguna tuna dalam tin sahaja. Rasanya memang sedap dan sekali makan mesti nak lagi.

BACA: Cara Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Boleh Di ‘Frozen’

Bahan-Bahan:

1 tin Tuna in Water (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
1 sudu makan santan pekat
2 sudu makan tepung ubi kayu
1 biji telur ayam dipukul sedikit
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
Kulit popia

Bahan-bahan kisar:

1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1 batang serai bahagian putih saja
1 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan)

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Tutup api dan biarkan sejuk.

2. Campurkan tuna, bahan tumis, santan, tepung tapioka, telur, garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul sebati.

3. Ambil sekeping kulit popia kemudian sudukan inti dan lipat (rujuk gambar). Oles bahagian hujung dgn bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat.

4. Goreng popia hingga garing kecoklatan. Angkat dan toskan atas tisu dapur. Popia Otak-Otak Tuna siap dihidang.

Bolehlah cuba resepi popia otak-otak ini untuk minum petang atau jamuan di pejabat. Memang anak-anak pun suka popia otak-otak ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱