Setiap kali menjelangnya hari raya korban, tidak dapat dinafikan pasti ada segelintir golongan manusia yang seakan mengambil kesempatan untuk menyemarakkan api kebencian dan juga perkauman. Baru-baru ini di laman Twitter, seorang pengguna laman tersebut telah memuatnaik status yang boleh mencetus api kemarahan.

BACA: Amboi Manja Betul Cik Ah

Ternyata melalui kenyataan yang telah pun dipadam tersebut membuatkan ramai warga laman sosial kurang senang. Ini bukan jenaka yang boleh dibuat main, ini sensitiviti agama yang patutnya dipandang serius. Orang yang berakal adalah orang yang tahu menilai baik buruk sesuatu perkara.

Melalui tweet oleh @risimaran itu juga ada yang berpendapat bahawa lelaki berkenaan sepatunya dikenakan hukuman yang setimpal bagi memberi pengajaran di masa hadapan.

Jika dilihat kembali, isu sebegini pasti akan berbangkit menjelang perayaan hari raya korban yang diraikan oleh Muslim di Malaysia. Malah dengan perkembangan laman sosial juga, gambar-gambar penyembelihan turut dikongsikan di laman sosial – sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang pasti, biarlah amalan dan apa yang dilakukan kita menjadi rahsia dengan Pencipta. Apa pandangan anda pula tentang perkara sebegini?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Pedas Level Mati