Permainan video semakin popular dan telah menjadi satu trend setiap lapisan masyarakat tidak mengira jantina dan juga sosiobudaya

Malah, permainan video kini boleh dimain dengan mudah melalui telifon bimbit, komputer dan juga konsol permaianan. Trend terbaru permainan video kini boleh dimain secara online dengan erti kata lain jalurnya bebas di serata dunia bermakna anda boleh bermain bersama rakan anda yang berada di New York.

Namun tahukah anda melalui permainan video ada sesetengah dari mereka menjana pendapatan yang lumayan dan telah menjadikannya sebagai kerjaya.

Mereka ini dikenali sebagai streamer, asalnya hanya sebagai hobi, namun kini mereka memperoleh pendapatan lumayan hingga mencecah 5 angka sebulan.

Streamer tempatan raih pendapatan lumayan

Kerjaya sebagai streamer sangat popular di Eropah malah sudah ramai pemain permainan video profesional di luar negara yang bergelar jutawan berikutan menerima tajaan daripada syarikat pembekal permainan termasuk syarikat telekomunikasi.

Di Malaysia juga terdapat beberapa individu yang memilih untuk menjadi streamer dan ada juga yang telah menjadikan streamer sebagai satu kerjaya.

Secara asasnya Streamer adalah individu yang berperanan memberi komentar terhadap sesuatu permainan video dan mereka juga boleh menjadi pemain untuk permainan berkenaan sambil dipertontonkan kepada pihak lain menerusi medium media sosial atau siaran langsung di Internet.

Mereka ini sanggup bermain berjam-jam di depan skrin komputer sambil mempertontonkan aksi di dalam permainan video itu bersama penonton serta memberi maklum balas mengenai permainan berkenaan.

Seorang Streamer tempatan yang dikenali sebagai Hana Wisple, selain dari bermain game, Hana juga merupakan Co-Founder Moshed Gaming. Beliau kini sedang giat mengusahakan Facebook page Moshed Gaming, website, instagram dan YouTube channel.

Moshed Gaming adalah sebuah identiti media di bawah jenama syarikat media Moshed Sdn Bhd yang memfokuskan kepada niche esports dan gaming.

Peluang kerjaya baru ini juga menjanjikan jumlah pendapatan bulanan sehingga lima angka sekali gus membuka peluang untuk semua peminat permainan video tegar menjana pendapatan.

Bagi streamer tempatan ini mereka sudah membuktikan bahawa hobi berkenaan mampu untuk merubah kehidupan dan menjana pendapatan lumayan sama seperti individu yang memiliki kerjaya profesional.

Di Eropah streamer wanita ada lebih 800,000 ribu pengikut

Jika di negara-negara barat, walaupun bidang permainan video ini hanya dikuasai oleh golongan lelaki namun bagi pemain-pemain wanita juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai ramai pengikut

Nama-nama streamer terkenal seperti LegendaryLea ,KittyPlays dan Kaceytron adalah golongan wanita yang sangat berjaya dalam kerjaya sebagai streamer permainan video.

Mereka juga terdiri dari pelajar universiti dan juga yang sudah bekerja, dan kini mereka telah memilih menceburi bidang ini sebagai kerjaya sepenuh masa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer? 😱 😱 😱

Sumber: Harian Metro