Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, graduan kini mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan. Jika ada pun, gaji yang ditawarkan memang sikit dan dengan taraf pendidikan diploma yang dimiliki mustahil untuk dapat gaji RM3,000.

Namun bagi pasangan suami isteri ini, walaupun mereka memiliki diploma, namun mereka tidak pernah rasa malu untuk berniaga di tepi jalan demi mencari rezeki walaupun boleh mencari kerja yang tidak perlu berpanas dan berhujan. Kisah yang dikongsikan ini patut dijadikan sumber inspirasi buat mereka diluar sana.

BACA: Berniaga Air Tepi Jalan Pun Boleh Bawa BMW

Dulu kerja gaji RM1,600, Nak dapat gaji RM3,000 bukan senang

Rezeki Allah tu luas. Bak kata suami aku, sabar sayang. Ini baru permulaan, kita boleh pergi jauh. Aku ada Diploma Kejuruteraan dan suami aku ada Diploma Perniagaan.

Masing-masing boleh mencari kerja kalau mahu. Aku pernah kerja di pejabat pada tahun 2014, bahaagian Sumber Manusia, gaji permulaan RM1,600 di Perlis tanpa sebarang pengalaman kerja. Aku pernah kerja jadi juruteknik kilang besar di Pulau Pinang, kalau aku sebut nama kilang ini, mesti orang akan kata gaji besar sebab kerja di kilang itu.

Kalau OT baru boleh dapat RM3,000, Tapi lepas kahwin guna banyak duit

Kadang-kadang OT boleh pergi RM3,000 sebulan gaji waktu itu. Ini cerita tahun 2014 dulu. Aku pernah buka butik, tetapi kongsi dengan kawan aku. Sekaran gini sudah buka dua buah cawangan lain. Sekarang ini, siap ayan gmakan gaji, ada diploma mahu dapat gaji RM3,000 pun susah weh. Struggle gila-gila buat dua tiga kerja. Tetapi ini semua ikut rezeki masing-masing. Kalau dah dapat rezeki dengan syarikat yang elok, maka eloklah gaji dia.

Sebab itu selepas berkahwin, aku sudah malas sangat mahu bekerja. Mahu ulang-alik minyak kereta. Bayar sewa rumah. Lunch kat luar lagi. Berapa sangat yang tinggal sebulan? Itu belum cerita beli susu dan lampin anak lagi.

Tapi aku ni ditakdirkan muka tak tahu malu

Banyak bidang aku sudah tempuh, sekarang aku cabar diri jual makanan tepi jalan pula. Biasalah bila orang kata 5 tahun fasa perkahwinan gila struggle mahu survive.

Seriously, memang aku ni ditakdirkan muka tidak tahu malu. Suami aku suruh ambik gambar buat peace atau buat gaya Ultraman pun, aku buat saja. Ada aku kisah orang lalu lalang duduk tengok.

Berniaga tepi jalan banyak cabaran, hujan, ribut

Bagi aku cari rezeki tepi jalan ini, memang agak mencabar. Kadang-kadang hujan tiada orang. Ribut dataang serang habis lauk lauk atas meja. Duit hasil jualan terbang sekali dengan angin ribut pun pernah. Tapi kalau nasi habis, lauk habis itulah benda paling menggembirakan hari itu. Sedih dan rasa macam mahu menangis.

Niat aku satu saja. Aku berniaga ini kerana Allah SWT. Aku mahu selesaikan segala hutang-hutang dan aku mahu bantu keluarga aku. Kami bukannya orang senang. Apa yang penting hidup kena ukur baju pada badan sendiri.

Apa saja peniagaan, jangan pernah rasa malu. Pekakkan telinga

Apa pun cabang perniagaan kau buat, jangan pernah berasa malu. Pekakkan saja telinga. Suara-suara sumbang di belakang itu biasalah. Tidak perlu fikirkan pun. Akhirnya nanti, mereka juga yang malu dan minta tolong dari kita. Itu normanl beb. Jadi saja diri sendiri. Kena konfiden lebih. Buang jauh-jauh sifat malu itu.

Setuju dengan kata-kata wanita ini. Ramai orang muda sekarang memilih bidang perniagaan dan bergelar jutawan ia sekaligus membuktikan mereka juga mampu berjaya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”