Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Portal berita melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan khabar dukacuti itu menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

BACA: Sultan Kedah Mangkat

“Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan semoga roh almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama para syhuhada,” katanya.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan dekat sini selepas solat Zohor esok. Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, jenazah Almarhum dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini petang ini sebelum dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan.

Negeri Pahang mengumumkan cuti umum esok bagi memberi peluang kepada rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Kerajaan Pahang juga mengarahkan semua acara dan program hiburan di seluruh Pahang dibatalkan dan bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama 40 hari, bermula hari ini.

“Bagi tempoh perkabungan ini membabitkan rakyat selama 40 hari, manakala bagi Kerabat Diraja pula selama 100 hari.

Tambah Setiausaha Kerajaan negeri itu lagi, semua masjid dan surau di Pahang juga diminta mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bermula malam ini.

Orang ramai boleh menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 9 malam ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sehingga jam 9 pagi esok.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Saefood Teraboq, Boleh Hantar Sampai Depan Rumah!