Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dilaporkan mangkat pada pukul 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, Kedah.

Perkhabaran dukacita itu disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam satu sidang akhbar di Wisma Darul Aman lebih kurang dalam pukul 6.30 petang tadi.

BACA: Sultan Johor Pemegang Saham Kedua Terbesar 7 Eleven

Menurutnya, jenazah almarhum Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang esok. Dia turut memberitahu bendera Negeri, Persekutuan dan bendera-bendera lain akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini.

Selain itu, dia memaklumkan bahawa tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 September 2017.

Berikutan itu, 12 September 2017 diisytiharkan sebagai cuti kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah kecuali bagi pihak yang terlibat dan menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?