Syarikat dari Belanda, Jacobs Egberts Holdings Asia NL B.V telah melancarkan pengambilalihan Old Town BHD dengan harga RM1.47 bilion.

CIMB Investment Bank, yang mewakili JDE, berkata penawaran pengambilalihan tersebut adalah 10.4% lebih tinggi (RM3.18) berbanding harga saham sebenar iaitu RM2.88.

BACA: Pasangan Kembar Cuba Dijual Online Dengan Harga RM15,000

Menurut CIMB, berdasarkan kepada 463.239 juta saham terkumpul pada 11 Disember lalu, iaitu RM3.18 persaham, jumlah keseluruhan yang ditawarkan adalah RM1.473 bil.

Dalam satu kenyataan berbeza, OldTown berkata 51.4% pemilikan saham telah pun bersetuju dengan tawaran itu.

Difahamkan, JDE telah pun mendeposit RM1.521 bil dalam satu akaun escrow di Singapura dan CIMB menjelaskan dana itu tidak boleh dilepaskan kecuali untuk membayar pengambilalihan OldTown.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila Apa T-Shirt RM3,000?!!