Baru-baru tular perkongsian seorang netizen di laman Twitter berkenaan iklan jawatan kosong yang disiarkan di laman cari kerja baru-baru ini. Iklan tersebut menawarkan satu jawatan dengan gaji RM1,000 sehingga RM1,300 sebulan.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah syarat-syarat yang dikenakan buat mereka yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut dimana salah satunya pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti untuk menghadiri pengebumian.

BACA: Netizen Bengang Pensyarah Label Pekerjaan ‘Rider’ Tidak Bermaruah

Malah antara syarat lain dikemukan pekerja tidak boleh cuti sesuka hati dan tiada tuntutan cuti sakit. Malah, pekerja juga tidak boleh mengambil cuti untuk membantu rakan atau keluarga jika terlibat dalam kemalangan.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen mengecam syarikat tersebut serta mengatakan syarat yang dikenakan terlalu kejam dan tiada belas ihsan terhadap pekerja.

Malah ada yang mengatakan, gaji yang ditawarkan terlalu kecil tetapi terpaksa bekerja seperti hamba tebusan. Kata netizen lagi, bukan mereka memilih kerja tetapi ada syarikat yang mengambil kesempatan.

Dalam pada itu, ada netizen memberi cadangan supaya melaporkan syarikat tersebut kepada pejabat buruh supaya dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan syarikat tersebut dengan mengatakan mungkin sebelum ini mereka sudah banyak kali terkena dengan pekerja yang suka mengambil kesempatan sehingga terpaksa meletakkan syarat tersebut.

Apa kata anda mengenai perkara ini? Apa pun mungkin syarikat tersebut mempunyai sebab mereka tersendiri atau syarat itu hanya sekadar ‘ujian’ sahaja buat mereka yang berminat bekerja di syarikat tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?