Jika anda suka membeli-belah secara online, mesti rasa susah hati bila barang yang dibeli tak sampai-sampai lagi, lebih-lebih lagi nak dekat raya dah ni. Rata-rata menyalahkan servis penghantaran yang tidak efisyen.

Namun, perkongsian Ahmad Zulkarnain di Facebook mengenai Pos Laju ini ternyata membuka mata orang ramai dan membuang persepsi negatif masyarakat tentang syarikat kurier ini yang sering dikatakan tidak menepati masa penghantaran.

BACA: “Patut Barang Selalu Pecah Kemek, Macam Ni Kerjanya”

Demi untuk memuaskan hati pelanggan dan memastikan pelanggan mendapat barangan mereka sebelum Hari Raya, bukan saja posmen ang ditugaskan untuk menghantar bungkusan tetapi pihak pengurusan tertinggi juga turut turun padang membantu. Mereka ini juga menggunakan kenderaan sendiri untuk membuat penghantaran.

Berikutan itu, ada beberapa netizen terkejut apabila bukan posmen biasa yang menghantar bungkusan ke rumah. Ada yang mengatakan, penghantar barangan tersebut menggunakan kereta biasa dan disangkakan orang jahat kerana menggunakan kereta tiada logo.

Pun begitu, rata-rata netizen memuji pihak pengurusan Pos Malaysia yang sanggup turut serta membantu posmen demi memastikan pelanggan mendapat bungkusan mereka sebelum Hari Raya. Memang respect habis!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas