Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan terjadi kes kematian kanak-kanak akibat penyakit defeteria.

Malah, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita dimana seorang bayi berusia 3 bulan di Sabah yang diserang penyakit Polio kerana tidak pernah mendapat sebarang suntikan vaksin. Seperti diketahui, penyakit itu kembali di Malaysia selepas 27 tahun.

BACA: Kajian Terkini Sahkan Vaksin Tidak Menyebabkan Austime

Boleh dikatakan masih ada dikalangan ibu bapa yang masih enggan menerima imunisasi kepada anak mereka dan ia berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan.

Susulan isu tersebut, pihak kerajaan telah menyediakan langkah berjaga-jaga bagi menangani masalah yang kian menular ini di mana ibu bapa yang tidak memberikan anak suntikan vaksin boleh didenda RM20,000.

Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ibu bapa yang didapati cuai terhadap anak-anak hingga menyebabkan kematian boleh boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberikan vaksin. Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak, tetapi kanak-kanak yang lain juga,” katanya.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana mereka yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, yang mendera, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal boleh dikenakan denda RM20,000, hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱