Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan terjadi kes kematian kanak-kanak akibat penyakit defeteria.

Boleh dikatakan masih ada dikalangan ibu bapa yang masih enggan menerima imunisasi kepada anak mereka dan ia berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan.

BACA: Mufti: Ibu Bapa Sengaja Tolak Vaksin Dianggap Berdosa

Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ibu bapa yang didapati cuai terhadap anak-anak hingga menyebabkan kematian boleh boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Akta Kanak-kanak punyai fasal kecuaian, vaksinasi sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak.

“Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberikan vaksin. Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak, tetapi kanak-kanak yang lain juga,” katanya.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana mereka yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, yang mendera, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal boleh dikenakan denda RM20,000, hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pada 21 Februari lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki di Johor Bahru yang disyaki akibat jangkitan difteria.

Kanak-kanak berusia dua tahun satu bulan itu dilaporkan tidak pernah memerika suntikan imunisasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱