Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.

Namun, gadis bernama Farrah Natasha ini membuktikan dengan hanya tips mudah ini mampu untuk menurunkan berat badan dengan cara selamat. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tips Diet ‘Calorie Deficit’, Turun 42Kg Dalam 5 Bulan

Farah memberitahu berat badannya naik sehingga 67kg kerana tabiat makan makanan segera. Katanya hampir setiap minggu dia akan makan makanan segera kegemarannya itu.

Menurutnya, untuk minggu pertama diet dia banyakkan minum air kosong dan tiada minuman berais. Sepeti biasa, makanan segera, minuman manis semenangnya tidak boleh diambil sama sekali.

Makan nasi segenggam sahaja, banyakkan sayur

Dalam pada itu, Farah turut memberitahu dia mengamalkan joging selama sebulan serta berkongsikan senaman untuk kecilkan peha yang dilakukan setiap hari di rumah.

Katanya lagi, untuk senaman boleh tengok di YouTube sahaja dan pastikan anda tahu jenis senaman apa yang anda lakukan.

Kata Farah lagi, diharap perkongsiannya itu dapat diguna pakai oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?