Pejam celik hari ini sudah pun memasuki 19 Ramadan. Setiap kali menjelang Aidilfitri sudah menjadi kemestian untuk menghidangkan biskut raya buat para tetamu. So, tahun ini anda buat kuih raya sendiri atau ‘kuih tunjuk’ sahaja?

Zaman sekarang ni mudah je, tak perlu susah-susah nak buat kuih raya. Boleh beli saja di kedai. Tapi ada yang beranggapan lagi puas hati jika buat kuih raya sendiri dan lebih jimat.

BACA: Ramai Tertipu, Guna Bahan Murah Tapi Harga Mahal

Sebenarnya ada je kuih raya yang mudah untuk dibuat dan tak perlu gunakan oven pun. Anda boleh cuba resepi kuih cornflakes susu yang dikongsikan oleh Siti Nailah AlFarafisha Roslan ini. Rasanya memang sedap dan pasti akan menjadi!

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
1 cwn minyak sapi + 1 sdb lg
1 cwn gula kastor
2 cwn cornflakes di ramas
Susu tepung secukupnya untuk salut

Cara membuatnya:

1. Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair dan ketepikan dalam sebuah bekas.

2. Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.

3. Tak perlu tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.

4. Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi. Gaulkan hingga sebati.

5. Sekarang dah bolehlah bentukkan adunan tadi jadi bulat-bulat.

6. Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung. Dah siap boleh terus simpan dalam balang.

Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Senang sahaja nak buat kuih raya sebenarnya. Tak perlu nak mencari-cari oven atau mixer. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥