Disebabkan obses untuk melakukan pembedahan plastik dan ingin cantik seperti patung Barbie, wanita ini menanggung derita kerana punggungnya yang terlalu besar.

Wanita bernama Star Delguidice 28 tahun, mengakui telah menjalani lebih 200 prosuder pembedahan plastik di seluruh tubuhnya.

Dia kini hidup dalam ketakutan dan tidak berani untuk duduk kerana bimbang implan di bahagian punggungnya akan pecah. Dia kini nekad untuk membuang implan tersebut selepas mendapati punggungnya terlalu besar dan tidak selesa dengan keadaan itu.

Wanita berasal dari Birmingham ini juga sangat obeses mengubah wajahnya dan dia mula melakukan pembedahan plastik seawal usia 17 tahun.

Setakat ini dia sudah membelanjakan 300,000 pound (RM1 juta) untuk pembedahan plastik.

Star kini akui di menghadapi kebimbangan melampau dan dia sangat rindukan bentuk badan serta rupa parasnya yang dulu.