Kalau ikutkan kaum lelaki lebih suka memakai seluar dalam tanpa corak atau sebarang hiasan. Namun sebuah jenama milik tempatan ini tampilkan kelainan untuk seluar dalam keluaran mereka dengan motif batik.

Baru-baru ini tular apabila seorang netizen berkongsikan gambar seluar dalam tersebut dengan motif batik yang unik. Ianya merupakan produk jenama Bartek by DCM.

BACA: Seluar Ayam Goreng Ada Dijual?

Bartek by DCM menjelaskan rekaan itu bertujuan untuk menghargai warisan dan budaya dengan mengekalkan rekaan berunsur tradisional dalam semua jenamanya.

Pengasas jenama tersebut, Shahrulnizam Samawi, yang juga merupakan anak jati Sarawak berkata dia mendapat idea selepas mendapati sukar mencari rekaan jenama tempatan yang mempunyai motif menarik.

“Saya berpendapat ini cara baru untuk mempromosi tradisi melalui fesyen, selalunya batik hanya untuk pakaian formal dan gaun, kini lebih moden dan praktikal,” katanya.

Selain Pua Kumbu, motif lain termasuklah reka bentuk yang diilhamkan dari songket Melayu dan ‘Pucuk Paku’ iaitu paten biasa dalam fabrik Melayu.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen lain yang tertarik dengan corak seluar dalam tersebut serta berminat untuk mendapatkannya. Malah, kain yang digunakan juga sangat lembut dan selesa untuk dipakai.

Menerusi perkongsian netizen, seluar dalam itu dikatakan berharga RM65 dan boleh didapati di sebuah kiosk di KLIA.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Ini Cara Sebenar Nak Tuang Sos Cili

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?