Seorang usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya serta perniagaan duriannya kepada mana-mana lelaki bertuah yang berjaya memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.

Memetik laporan Harian Metro, usahawan tersebut Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon, mahu mencari pasangan untuk anaknya, Kansita Rotthong, 26, dalam masa sama mahukan lelaki tersebut mengendalikan perniagaan duriannya.

BACA: Sebiji Durian Di Indonesia Berharga RM4,000

Katanya lagi, lelaki di luar sana yang tahu bagaimana untuk membeli dan memilih durian dari kebun buah boleh memperisterikan anaknya.

Selain wang tunai, lelaki bertuah tersebut akan diberikan 10 buah kereta, sebuah rumah dan dua pasar durian. Paling penting, anak perempuannya bukan calang-calang gadis kerana berpendidikan tinggi.

“Saya tidak meminta satu sen pun sebaliknya saya akan memberinya wang tunai 10 juta baht, 10 kereta, sebuah rumah, dua pasar durian dan anak perempuan yang memiliki berpendidikan tinggi dari Universiti Assumption dan Universiti Sun Yat-sen, China,” tulisnya di Facebook.

Menurutnya, dia sebenarnya ingin bersara dan menyerahkan perniagaannya yang turut mengeksport durian kepada bakal menantu.

Sementara itu, menurut anak perempuannya, dia sangkakan tindakan bapanya itu hanya gurauan semata-mata, rupanya bapanya sememangnya mahu carikannya bakal suami.

“Saya ingat dia bergurau namun bapa benar-benar serius ingin mencari bakal menantu. Saya dan adik beradik lain menghormati keputusannya,” katanya.

Bertuahnya badan siapa yang dapat memperisterikan anak tauke durian ini. Siapa yang suka sangat makan buah durian boleh la cuba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥