Ini semestinya berita gembira buat peminat setia bubble tea. Nampaknya Tealive kembali dengan menawarkan promosi minuman berharga RM2.50 sahaja. Sebelum ini, Tealive mengadakan tawaran tersebut pada bulan Ramadan lalu.

Tawaran ini sah di semua cawangan Tealive di seluruh Malaysia kecuali cawangan Tealive di AEON Delica Foodcourts dan Maxvalu. Promosi yang sudah pun bermula pada 1 November sah sehingga 29 Disember 2019.

BACA: Tearista Ini Kongsikan 8 Minuman Tealive Yang Anda Patut Cuba

Perlu diingatkan, promosi ini sah untuk minuman Tealive yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaksi.

Paling penting, anda perlu membayar menggunakan Touch n Go eWallet untuk mendapatkan minuman Tealive dengan harga RM2.50. Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan Tealive berhampiran anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥