Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai. Lebih mengejutkan ianya mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Tapi kalau asyik minum air sama bosan juga. Baru-baru ini, menerusi Twitter, seorang tearista Tealive berkongsikan senarai minuman yang anda patut cuba. Siap disertakan sekali dengan harga minuman tersebut.

BACA: KKM Akan Pantau Fenomena Minuman Bubble Tea

1. Bang Bang Coffee

Jika anda sukakan kopi ini antara minuman anda patut cuba. Rasa kopinya memang kuat. Kalau dah nama Bang Bang sah-sah ada brown sugar dan sekali topping.

2. Signature Milk Tea

Kalau ke Tealive tak sah kalau tak cuba menu wajib mereka ini. Menurut gadis ini, Signature Milk Tea lebih sedap jika ditambah dengan topping black diamond.

3. Cocoa Mocha

Minuman ini khas untuk anda yang sukakan koko dan kopi. Apa yang buatkan minuman ini lebih sedap adalah rasa kopi dibru bersama koo dan susu segar.

4. Bang Bang Milk Tea

Ini antara minuman paling popular di Tealive. Kalau anda peminat brown sugar milk tea inilah minuman yang anda patut cuba. Minuman ini juga turut disertakan dengan topping pearl.

5. Bang Bang Fresh Milk

Yang ini juga minuman yang anda patut cuba. Kombinasi brown sugar, susu dan pearl sememangnya cukup sempurna. Paling penting mereka gunakan susu segar. Ini untuk mereka yang suka susu.

6. Strawberry Pudding Smoothie

Jika anda inginkan kelainan boleh cuba minuman smootie ini lebih-lebih lagi jika anda tak suka minuman manis. Menariknya, minuman ini diblend sekali dengan jeli kelapa dan susu segar. Pudding dia paling sedap!

7. Hazelnut Latte

Jika anda tak sukakan minuman manis, anda patut cuba Hazelnut Latte kerana kandungan gulanya sangat rendah dan rasa manis datang daripada hazelnut.

8. Mango Passion Smoothie

Kalau nak cuba minuman buah-buahan, boleh cuba yang ini. Rasa seperti jus mangga dan ditabur dengan passion fruit seed di atasnya. Memang rasa segar bila minum. Boleh tambah topping kalau anda suka.

Siapa yang masih tercari-cari lagi minuman apa yang anda patut cuba di Tealive boleh la cuba 8 minuman yang disenaraikan ini. Mudah je kan, tak perlu tercegat lama-lama dekat kaunter tu nanti!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥