Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa selalu bergerak pantas jika mempunyai anak ramai atau anak kecil kerana mahu melayani kerenah mereka yang masih perlukan sepenuh perhatian daripada kita.

Namun, malang tak berbau bagi sepasang ibu bapa di Johor Bahru kerana anak mereka terperangkap selama 10 minit dalam kereta.

BACA: Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Mohd Kamil Zulkifli berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.24 petang semalam.

Pihaknya mendapati seorang kanak-kanak perempuan berumur dalam tiga tahun terperangkap kira-kira 10 minit dalam sebuah kereta yang terkunci di Jalan Kurniawan, Taman Kurnia, Johor Bahru.

Berikutan itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka kereta yang terkunci itu tanpa memecahkan tingkap kereta dan kemudiannya berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan selepas 10 minit operasi menyelamat bermula.

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan tidak mengalami kepanasan dan hanya menangis selepas diselamatkan berikutan cuaca juga kelihatan mendung sedikit.

“Difahamkan, ibu dan bapa kanak-kanak itu turun dari kereta untuk ke kedai makan berhampiran dan seorang lagi anak mereka berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun menutup pintu dan kereta terkunci sebelum mangsa sempat turun,” jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa kanak-kanak itu tidak cuai tetapi kereta mereka terkunci secara automatik sebelum mereka sempat berbuat apa-apa.

Walau bagaimanapun, diharap semua ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati ketika keluar dari kereta dan pastikan semua anak telah turun bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Demi Selfie, Sanggup Panjat Pencawang Elektrik
Video Punca Kesesakan Teruk Di Highway Plus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X And Giveaway?