Selalunya sabun digunakan sebagai ejen pencuci tidak kira sama ada sabun badan atau pencuci baju. Tetapi siapa sangka wanita ini menjadikan sabun sebagai makanan.

Wanita dari Indonesia itu dikenali sebagai Khosik Assyifa membuat review di Instagram dengan mencuba beberapa jenis sabun. Jika anda menonton video yang dikongsikan, wanita itu seolah makan sabun tersebut seperti makan ais krim.

BACA: Makan Rambut Sendiri, Berat Turun 12Kg

Menerusi salah satu video yang dikongsikan, wanita itu memberitahu ada netizen memintanya untuk makan sabun Lifebouy, malah wanita itu mengatakan rasanya sangat sedap.

Hobi pelik wanita itu mendapat perhatian ramai termasuk netizen dari Malaysia. Malah ada yang mengatakan makan sabun bukanlah perkara baru. Ada yang berkongsikan kisah mereka yang pernah mencuba makan sabun ketika mengandung kerana mengidam.

Mengidam makan sabun masa mengandung

Sekarang macam-macam perkara orang sanggup buat untuk meraih perhatian. Apa pun tolong jangan mencuba aksi ini di rumah, tak pasal-pasal ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selambak Shellout Dengan Harga Selamat Poket ☺️