Ibu mana yang tidak sayangkan anak, sedangkan haiwan juga begitu menyayangi anak-anak mereka. Namun, seorang wanita tergamak membiarkan anaknya menderita menahan lapar selama 10 tahun tanpa belas kasihan. Anaknya terpaksa memakan makanan tikus belanda serta anjing demi untuk hidup.

BACA: Bidaan Nombor Plat FA12 Makin Naik!

Christine Copley, 66 tahun, mendera anaknya, Andrew Copley, 38 tahun, dengan mengurung anaknya dalam tempoh yang lama sehingga Andrew terpaksa memakan apa yang ada di sekitarnya.

Berikutan itu, Christine didapati bersalah dengan enam pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada April lalu oleh hakim Erik Salomonsen.

Dalam perbicaraan itu, Mahkamah Exeter Crown mendedahkan Christine mengurung anaknya di dalam gelap, menyebat anaknya dengan tali anjing serta memaksa anaknya berdiri sambil berbogel di luar rumah.

“Pada saya, tiga tahun adalah tempoh hukuman yang pendek, tetapi ia tempoh yang panjang untuk membuktikan saya bercakap benar. Saya tidak panggil dia ibu, saya panggil dia Christine kerana tiada ibu yang sanggup melakukan perkara yang kejam terhadap anaknya,” ujar mangsa.

“Sejak saya dilahirkan, dia tidak mahukan saya dan berharap saya mati ketika dilahirkan kerana inginkan anak perempuan,” tambahnya lagi sambil memberitahu dia telah didera sejak berusia enam atau tujuh tahun lagi.

Ibunya akan mandikannya dengan mandian ais bagi mengurangkan kesan lebam dan juga akan mengambil hadiah Krismas serta hadiah harijadinya untuk dijual semula.

“Saya sangat kurus kerana tidak diberi makan sehingga terpaksa meminta sisa makanan dari pelajar di sekolah atau makan makanan tikus belanda dan biskut anjing untuk meneruskan hidup,” jelasnya.

“Dia memukul saya dengan botol kaca kerana enggan memberi wang. Pada masa itu, saya tahu dia tidak akan berubah dan membuat keputusan untuk keluar rumah,” sambungnya lagi.

Dia berjaya keluar dari dunia yang penuh kesengsaraan itu dengan melaporkan tindakan ibunya itu kepada pihak polis pada tahun 2013.

Diharap mangsa yang mengalami situasi seperti ini dapat segera tampil membuat laporan kerana mendera kanak-kanak merupakan satu kesalahan besar dan serius terutama pada zaman ini. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Betul-Betul King Crab Fresh Dari Korea!