Jika sebelum ini jeans koyak dilutut menjadi trend anak muda masa kini, mungkin kini tidak lagi selepas seluar jeans ‘koyak semua tempat’ ini diperkenalkan.

Baru-baru ini, jenama Carmar Denim memperkenalkan seluar jeans yang memang lain dari yang lain. Bukan saja koyak dilutut, bahkan bahagian punggung pun turut terdedah. Boleh dikatakan seperti tidak memakai apa-apa.

BACA: Orang Asia Kecam Rekaan Kain Sarung Zara

Selalunya, lagi kurang kain lagi murah harga pakaian tersebut. Namun berbeza dengan seluar ini yang dijual dengan harga USD168 (RM660). Harga yang dijual juga sangat mahal untuk seluar jeans ‘kurang kain’ tersebut.

Tapi apa yang menarik tentang jeans ini ialah ia didatangkan dengan poket di kiri dan kanan di bahagian hadapan. Si pemakai masih boleh menyimpan duit di dalam poket tersebut.

Namun, apa yang tak best tentang jeans ini ialah walaupun ‘kurang kain’ ianya tetap sama seperti jeans lain yang tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.

Apa pendapat korang tentang jeans ‘koyak semua tempat’ ini? Ada tak siapa-siapa yang berani pakai ini?

ARTIKEL BERKAITAN:
Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’
Panggilan Prank Dikecam, Hot FM Mohon Maaf

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?