Umum mengetahui bermula 1 Januari 200, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat yang seolah mengeluh dengan peraturan baru itu malah ada yang tidak bersetuju lebih-lebih lagi jika mempunyai jumlah anak yang ramai dan bagaimana pula jika hanya memiliki kereta kecil.

BACA: “Ada Golongan B40 Miliki Enam Buah Kereta” – Tun M

Terbaru, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiada sebarang saman dikeluarkan jika gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya yang bermula tahun hadapan.

Ujarnya lagi, pihak kementerian mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya.

Untuk pengetahuan anda, kajian oleh Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati hanya 30 peratus sahaja pemilik kenderaan yang pasang kerusi keselamatan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Anthony berkata pihaknya juga telah mendapat kelulusan untuk mengenakan sifar peratus duti import CRS selain pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 10 peratus kepada lima peratus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?