Berapa hari lalu, timbul kekecohan berikutan pemotongan daripada jumlah tambah nilai kad prabayar telefon bimbit selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Namun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru saja mengesahkan bahawa semua pembelian kad tambah nilai prabayar telefon bimbit dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

BACA: Cendol, Ikan Masin Akan Dikenakan SST Mulai 1 September

“Saya akan mengeluarkan arahan bagi memastikan pembeli prabayar RM10 akan diberikan kredit sebanyak RM10 juga tanpa potongan.

“Pengurangan kredit berkenaan pula akan dikembalikan dalam bentuk rebat,” katanya kepada Kosmo.

Dalam pada itu Guan Eng memberitahu, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan bagi pembelian prabayar telco tidak sepatutnya ditanggung oleh pengguna.

Baru-baru ini, terdapat pengguna yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila hanya diberikan kredit dengan potongan nilai 6 peratus selepas menambah nilai prabayar telco.

Sebagai contoh, pengguna yang menambah nilai sebanyak RM10 hanya menerima kredit bernilai RM9.50. Caj sebanyak 6 peratus berkenaan turut dikenakan bagi jumlah tambah nilai lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Harga Rumah Lebih Murah Selepas Perlaksanaan SST
Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi 🔥🔥🔥