Bagi mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan remaja, kerajaan Pas Kelantan hari ini memutuskan untuk tidak membuka pawagam di negeri itu. Dalam pada itu, kerajaan juga memberitahu tidak ada keperluan untuk membuka semula panggung wayang.

Dalam pada itu, sudah 30 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung wayang namun ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat kerana ada pelbagai medium lain untuk mereka menonton filem.

BACA: Premis Shisha, Karaoke Diharamkan Di Kelantan

“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada gejala sosial.

“Selepas berbincang, kerajaan memutuskan untuk tidak mengadakan panggung wayang di seluruh Kelantan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri, Izani Husin.

Mengundang masalah sosial, remaja akan pulang lewat malam

Memetik laporan Utusan, Izani berkata, dengan membuka panggung wayang di negeri itu boleh mengundang masalah gejala sosial terutama golongan remaja yang akan pulang sehingga lewat malam.

“Kita boleh mengawal dalam pawagam, namun ketika anak-anak keluar dan pulang ke rumah selepas pukul 12 tengah malam, ini akan mengundang banyak masalah gejala sosial.

“Malah tahun ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah meletakkan fokus untuk mengurangkan gejala sosial. Jadi, kerajaan memutuskan tiada pawagam di seluruh Kelantan,” katanya.

Untuk rekod, sebelum Pas mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada tahun 1990, Kelantan mempunyai sebuah pawagam iaitu Panggung Lido yang terletak di Jalan Post Office Lama.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉