Semalam, tular di media sosial apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat termasuk membayar setiap pembelian pelanggan di sebuah pasar raya di Johor Bahru.

Ada sumber mendakwa Tunku Ismail membelanja sebanyak RM3,000 untuk setiap pelanggan dan jumlah keseluruhan perbelanjaan bernilai RM1 juta.

BACA: “Ini Kalau Tak Edit, Mesti Bayar Punya Ni”

Beberapa gambar menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli-belah barangan keperluan turut dimuat naik menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers beserta kenyataan oleh TMJ.

“SAYA BUKAN AHLI POLITIK, SAYA TIDAK MEMERLUKAN UNDI. TETAPI SAYA IKHLAS MENYAYANGI RAKYAT SAYA. SENTIASA BERSAMA ANDA…

JOHOR Southern Tigers 发布于 2018年4月11日

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya iklas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor.”

Bagaimanapun, menerusi kenyataan tersebut, tidak dinyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sultan Johor Pemegang Saham Kedua Terbesar 7 Eleven
“Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor”
Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Kami Sempat Makan Di Johor Bahru?