Pejam celik tinggal 6 hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri. Setiap pagi syawal, tak lengkap rasaya untuk menikmati juadah hari raya kegemaran. Antara menu wajib yang mesti ada sudah tentu sekali rendang, lemang dan ketupat.

Saban tahun pasti ada sahaja menu baru yang diperkenalkan untuk memeriahkan lagi hari raya. Antara juadah popular beberapa tahun kebelakangan ini adalah lemang periuk kera.

BACA: “Dah Terlampau Kaya Ke, Beli Lemang Pun Naik Helikopter?”

Ramai tidak tahu sememangnya lemang periuk kera ini sangat sedap dimana tetapi sebenarnya ia tidak bagus untuk bumi.

Baru-baru ini, seorang peguam yang juga Pengerusi Persatuan Pencinta Alam cawangan Negeri Pahang, Jehan Bakar, terpanggil untuk berkongsikan mengenai periuk kera kepada orang ramai.

Malah, ramai yang tak tahu bahawa tumbuhan jenis nepenthes macrophylla ini telah tersenarai dalam IUCN sebagai spesis yang terancam.

Untuk pengetahuan anda, pada masa akan datang, planet kita diramalkan bakal mengalami peningkatan suhu di antara 1 hingga 5 celcius (2 hingga 10 darjah Fahrenheit).

Banyak hidupan yang akan mengalami kesukaran untuk ‘membiasakan’ dengan fenomena cuaca ini. Tidak seperti haiwan yang mampu bergerak dan berhijrah ke tempat yang lebih dingin, spesis periuk kera ini tentunya akan kekal statik di ‘tempatnya’ dan menjadi mangsa pemanasan global.

Tetapi, jangan terkejut sekiranya kita yang menjadi punca tumbuhan ini pupus lebih awal! Jika ditambah pula dengan aktiviti pengambilan periuk kera secara besar-besaran, pastinya ia akan mempecatkan lagi proses kepupusan mereka.

Ujarnya lagi, biasanya dalam jual beli kita akan ada satu konsep yang dipanggil permintaan dan pengeluaran, jadi sekiranya permintaan berkurang, secara tidak langsung kita akan dapat menyelamatkan tumbuhan terancam ini.

Dalam pada itu, beliau memohon kepada orang ramai agar tidak membeli atau makan lemang yang dibalut dengan periuk kera pada hari raya nanti.

Diharap perkongisan ini dapat membuka mata orang ramai dan lakukannya demi bumi dan alam sekitar kita.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥