Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping foto memaparkan tindakn seorang pekerja kedai mamak terkenal, Restoran Khulafa mencuci sudu garfu atas jalan di belakang premis yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Foto yang dikongsikan oleh seorang individu di Facebook itu menjadi bualan ramai serta menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna laman sosial kerana ianya perbuatan yang menjijikkan dan rata-rata netizen mengecam pemilik restoran tersebut.

BACA: Cuci Guna Lopak Air, Restoran Popular Mohon Maaf

Berikutan penularan gambar tersebut, pemilik restoran tampil memberikan penjelasan dengan menafikan tuduhan itu.

Menyifatkan tindakan penyebar gambar itu sebagai tidak bertanggungjawab, Pengerusi Khulafa Sdn Bhd, Datuk Abdul Wahith Sharfudin memberitahu, individu tersebut sepatutnya membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu.

Apa yang sebenarnya belaku ialah pekerjanya itu sedang membuat pembersihan dan baru mengeluarkan beberapa peralatan memasak termasuk sudu daripada stor.

Jelasnya lagi, pekerja itu bukan mencuci sudu atas jalan tetapi membuang sudu berkarat serta perkakas lain yang tidak boleh digunakan.

“Mungkin individu yang ambil gambar itu salah sangka dan terus ambil gambar sebelum tularkannya.

“Saya ada lapan premis dan dah usahakan perniagaan ini sejak 38 tahun lalu. Pelanggan sepatutnya boleh nilai dan lihat cara kerja kami yang sememangnya beroperasi mengikuti piawaian syariah termasuk mematuhi aspek kesihatan ditetapkan,” katanya.

Susulan kejadian itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah melakukan pemeriksaan di premis berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut bersih dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥