Masalah timbunan sampah di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dan semakin hari dilihat semakin serius. Malah, kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia menjadikan perkara itu semakin berleluasa.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Facebook, yang juga merupakan Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi Universiti Help, Andy Hickson, meluahkan rasa berang apabila melihat timbunan sampah dipercayai di kawasan hutan Jalan Gombak.

BACA: Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Sampah Cecah Siling, Kucing Terbiar

The jungle is not a dumping ground you ignorant ar*%holes.

โพสต์โดย Andy Hickson เมื่อ วันอาทิตย์ที่ 3 พฤศจิกายน 2019

Melihat gambar yang dikongsikan ,dapat dilihat lambakan beg Foodpanda turut dibuang di kawasan tersebut. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana terdapat banyak beg Foodpanda berada disitu.

Menurut Andy lagi, pembuangan sampah itu berpunca daripada masyarakat yang berada di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, memetik laporan Malaysia Kini, pihak Foodpanda berkata mereka akan melancarkan siasatan segera terhadap dakwaan banyak sampah syarikat itu di buang di kawasan tersebut.

Kata syarikat penghantaran makanan itu lagi, mereka akan melawat tapak tersebut untuk melupuskan sampah Foodpanda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Puas Hati Pekena Lauk Dari Utara Kat Sini!