Umum mengetahui keadaan jerebu melanda negara kita disebabkan oleh kebakaran hutan berlaku di Indonesia. Apa yang mengejutkan adalah Indonesia enggan menerima bantuan daripada Malaysia untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia sepanjang masa bersedia menawarkan bantuan namun beliau turut hairan mengapa pihak Indonesia tidak mahu menerima bantuan dan meminta wartawan bertanyakan sendiri kepada mereka kenapa menolak.

BACA: “Dapat Udara Bagus Dari Indonesia, Malaysia Tak Pernah Berterima Kasih”

“Saya tak tahu kenapa, dan bukan saya untuk bertanya (kepada Indonesia), awak (wartawan) perlu tanya (Presiden Indonesia, Joko Widodo) kenapa tak mahu terima bantuan kita (Malaysia).

“Kita ada pesawat pengebom air yang boleh digunakan (untuk operasi di Indonesia),” katanya kepada BH Online.

Kata Tun M lagi, kerajaan sebelum ini sudah mengemukakan tawaran kepada Indonesia bagi membantu memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, berikutan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Dalam pada itu, kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menggunakan dron bagi melakukan pembenihan awan, seterusnya menghasilkan hujan dalam usaha mengurangkan kesan jerebu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?