Udara merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi manusia. Dapat menghirup udara segar adalah satu nikmat yang perlu dirasai oleh setiap manusia.

Namun, tahukah anda udara segar kini dijual dalam tin? Untuk merasai bagaimana rasanya udara segar dari pergunungan New Zealand anda mungkin perlu membayar sejumlah wang bagi menghirup udara segar ini.

Udara segar gred perubatan dibuat oleh sebuah firma dari New Zealand

Kiwiana sebuah firma dari New Zealand telah menghasilkan inovasi pengetinan udara segar yang sangat berkualiti, tanpa toksik merbahaya dan sangat selamat, malah udara ini dikatakan segar dari pergunungan New Zealand.

Udara gred perubatan ini dikumpulkan di New Zealand dengan teknologi pemampatan bersih yang disejukkan, ditapis, seimbang dan diuji untuk kesucian.

Tin yang digunakan tidak mengandungi plumbum dan diluluskan oleh FDA. Tin ini juga menggunakan mampatan volumetrik  yang memberikan jumlah udara yang tepat dalam setiap tin.

New Zealand mempunyai salah satu persekitaran yang paling segar di bumi, dengan langit biru, bilangan penduduk yang kurang dan lokasi geografi yang unik, ia memiliki udara terbersih di planet ini.

Pure Fresh New Zealand Air boleh didapati dalam tin 5 liter liter. Setiap Canister mengandungi kira-kira 130 hingga 140 nafas dalam satu tin. Corong penyedut  yang direka membolehkan udara disedut melalui mulut & hidung.

Bagaimana udara bersih ini dituai

Udara segar ini di peroleh dari kawasan pergunungan Alps Selatan New Zealand di atas garis salji dan beratus kilometer jauhnya dari tamadun atau mana-mana aktiviti manusia.

Ini menjadikan udara dalam tin keluaran firma ini sangat segar dan bersih.

Harga untuk udara segar ini tak masuk akal

Walaupun udara segar ini telah dijual di seluruh dunia, namun penjualannya telah mendapat kritikan dari pengguna kerana dianggap harga yang tidak masuk akal untuk menghirup udara segar.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh portal Daily Mail, tinjauan mendapati harga untuk 4 tin pek jimat dijual dengan harga $98.99 di kawasan bebas cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

Perkara ini telah menjadi bulan hangat di laman sosial, rata-rata menganggap ia sebagai satu gurauan untuk menghirup udara segar.

Tin udara lima liter ini juga dijual di laman web Kiwiana pada harga $ 34.50 setiap satu.

‘Kedudukan unik New Zealand di kelilingi Lautan Selatan bermakna Kiwiana Air tidak melintasi daratan sebelum ia mengalir ke atas pergunungan Alpen Selatan di New Zealand yang segar dan terus ke dalam tin ini,’ mesej yang terdapat pada belakang tin produk berkenaan

Menurut laman web Kiwiana, syarikat itu memanfaatkan udara ‘di atas salji’ di Pulau Selatan New Zealand.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱

Sumber: DailyMail